Thursday, November 19, 2009

No Direction


Mencari Arah.

Aku sejak akhir-akhir ini sudah tidak bersemangat dalam segala hal.
Apa yang ingin aku lakukan buat masa ini hanya ingin terperap di dalam bilik.
Tanpa melakukan apa-apa aktiviti.
Aku ingin mengosongkan minda aku yang sedang kusut ini dengan segala macam hal yang amat memeningkan kepala.
Memang terasa masalah yang aku hadapi ini terlalu membebankan.
Sangat berat untuk dipikul.

Apa penyelesaian dari segala masalah ini?
Aku masih tercari-cari lagi.
Mencari dan terus mencari.

Monday, November 16, 2009

Jalan-Jalan


Kembara Jalanan.

Hish.
Sudah lama tidak mengembara.
Jalan-jalan bercuti ke seluruh pelusuk negara.
Kali terakhir masa zaman diploma dulu.
Pusing seluruh Ipoh bersama Asrul Hadi.
Dari Kuala Lumpur ke Ipoh singgah ke Sri Iskandar dan kembali ke Shah Alam.
Seronok.
Tetapi selepas itu sudah tiada masa untuk berjalan.

Dalam kepala otak ini memang sudah bercadang untuk mengembara lagi.
Cadangan kali ini ;
1. Pulau Pinang
2. Indonesia
3. Borneo

1. Ya. Cadangan ni memang dari dulu lagi (betul tak Affnie, Ajai?) Tapi tidak pernah termakbul.
Banyak sangat rintangan dan permasalahan. Entahlah. Tapi kali ini memang ingin membuat perancangan terperinci. Tapi mungkin dengan sumber ekonomi masing-masing yang tidak menentu membuatkan pelan ini terbantut seketika.

2. Bali, Padang, Bandung, Jakarta. Kota-kota yang penuh dengan sejarah. Tapi disebabkan ketiadaan passport dan krisis kewangan yang sedikit meruncing jadi cadangan ini diletakkan pada tangga ke-2. Tapi masih mempunyai impian untuk touring around Indonesia.

3. Borneo. Destinasi pilihan. Tetapi bukan bersama rakan-rakan. Destinasi ini hanya bersama yang tercinta. Pulau Sipadan ; entah bila dapat jejak.

Hanya tunggu waktu sahaja.
Memang ingin mengembara.
Mencuci minda.
Membuang segala sampah sarap dalam diri.
Bak kata pepatah,
" Jauh perjalanan, luas perjalanan "

Tuesday, November 10, 2009

Blank


Kosong.

Sejak akhir-akhir ini sudah terasa lain macam.
Tahap kekeringan idea dan semangat untuk membuat bermacam-macam kerja sudah hilang.
Ingin menulis blog, idea tiada.
Ingin menyiapkan kerja, semangat hilang.
Terasa diri ini kosong.
Tiada apa didalam kepala, hanya ruang yang kosong dan luas.
Hitam pekat.

Tolong.
Kerja banyak, tetapi semangat tiada.
Perasaan malas sudah menyelubungi diri.
Haih.

Sunday, November 8, 2009

Private Practice


Latihan Oh Latihan.

Sekarang hampir setiap petang aku akan menghadirkan diri untuk latihan bola sepak.
Mewakili team STP 3000 agak mengujakan aku sebenarnya.
Kerana?
Sudah lama tidak bermain bola sepak padang.
Lebih-lebih lagi untuk bermain dalam pertandingan liga bola sepak peringkat kampung-kampung.
Memang terasa seperti geng 'Usop Sontorian'
Setakat bermain futsal, hampir setiap malam minggu aku akan bermain di SPK.

Apa yang aku paling berat hati dan malas ialah latihan.
Ya.
'Practice make perfect'
Benar.
Tetapi apabila sudah lama tidak membuat latihan, ianya benar-benar memenatkan.
Kali terakhir melakukan latihan pada zaman sekolah dahulu.

Aku masih ingat, bagaimana coach membuat latihan ala-ala tentera.
Lari keliling padang 5 pusingan.
Lari turun naik bangunan sekolah 10 kali.
Lari sambil mendukung rakan yang mempunyai berat yang sama keliling sekolah.
Berlari secara berdua-duaan merentas ladang kelapa sawit.
Memang memenatkan.
Tapi itu 5 tahun dahulu.
Sekarang memang tidak larat untuk membuat latihan-latihan seperti dulu.
Lari keliling padang 2 pusingan pun sudah termengah-mengah.

Aduh.
Bagaimana ingin mengembalikan tenaga kuda seperti dahulu?
Coach pun sudah bising-bising aku berlari lembab.


Wednesday, November 4, 2009

High Five


Currently My Top Five :

Five Things I Hate Most :
1. Duit (cepat sangat habis, tidak tahu mengalir ke mana)
2. Masa (semakin cepat berjalan, rasa diri semakin tua)
3. Kerja (kerja banyak dan semakin bertambah dari hari ke hari, bila nak rehat pun tidak tahu)
4. Kau (kau ni memang aku tidak suka langsung! tidak boleh ke nak jaga diri sendiri? jangan nak sibuk sangat tentang orang lain, cakap besar habuk pun tiada! fuck,you are nothing!)
5. Gemuk (ya! aku semakin membesar dari hari ke hari, dulu zaman sekolah asrama perut ada nampak ketul-ketul sedikit tetapi sekarang sudah macam pakai pelampung bocor, damn!)

Five Things I Love Most :
1. God
2. Family
3. Madihah Abdullah Saleh (damn! miss you much more each day lah!)
4. Friends (miss you all : afnie, wawan, Lo, faridrul lizan, naha, rafiudin roslan, noorakhmar, asrul hadi, kawan-kawan bangi, kawan-kawan hatkor)
5. My sick BlacberryBold (kinda miss my iphone)

Five Things I Love Second Most :
1. Sleep, sleep, sleep and sleep
2. Playstation 2
3. Cd collection
4. Magazine
5. Art & Design

Tuesday, November 3, 2009

Two Face


Selesakah kalian kalau dekat tempat kerja ada orang bermuka-muka?
Depan cakap lain, belakang cakap lain.
Macam Kaf Lam Ya Nga kan? (Sila Translate)
Apa ni?
Sudah-sudah lah tu.
Bukannya kita berada di zaman persekolahan lagi.
Umur pun semakin meningkat.
Tidak guna kalau rambut penuh uban, anak sudah dua tiga orang tapi fikiran tidak matang.
Malulah pada yang muda.

Bagaimana ingin hormat kau kalau kau tidak hormat orang lain?

Monday, November 2, 2009

Dress Code


Mind Your Own Fuckin' Business!

Ahad lepas aku menghadiri kenduri kahwin seorang rakan sepejabat.
Agak meriah dengan suasana kampung.
Dengan kugiran rancak mendendangkan lagu untuk tetamu walaupun suara penyanyi agak sumbang dan tidak mengikut tempo lagu.
Tetapi ianya tetap menghiburkan.

Aku seperti biasa dengan cara berpakaian yang mengikut keselesaan diri.
T-Shirt Have Heart.
Jeans lusuh.
Gravis Slip-On.
Serta disarung dengan kemeja.
Ringkas.
(Seperti gambar di atas)

Apa yang membuatkan hati aku ini panas dan agak bengang bila ada suara-suara sumbang mengatakan sebegini :
"Eh,kau ni nak ke mana?..Ni kan kenduri kahwin,pakai la elok-elok sedikit"
"La,kenapa kau ni pakai macam budak-budak sekolah ni..Betullah kau ni macam budak-budak tak cukup umur"
"Kenapa pakai macam ni?pakai la smart sedikit"

Eh.
So what?
Salah ke cara berpakaian aku ni?
Tidak sopan atau ada mana-mana bahagian yang mendedahkan aurat atau menjolok mata?
Aku rasa cara berpakaian aku tidaklah salah.
Lagi elok dan smart dari kau.
1. Pakai kemeja bunga jalur dengan seluar jeans up-town bawah kecil seperti mat rempit.
2. Pakai baju t kolar dengan seluar dockers bundle (pakai baju kolar bagi naik sedikit baru nampak macho)
Bukan ingin menghina, tetapi ianya realiti.
Mungkin hanya perasaan dengki dan tidak puas hati dengan aku.
Kalau tidak puas hati, cakaplah gentle.
Tidak perlu nak menyorok, cakap belakang.

Ah.
Lantak kaulah.
Kau tiada kepentingan kepada aku.
Sibuk pasal orang kenapa?
Jaga diri sendiri sudah.
Damn!
What the Fuck!